Promosi Tahun Melawat Malaysia di ITB Berlin 2019

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menggunakan kesempatan sebagai negara rakan kongsi rasmi ITB Berlin 2019, pameran perdagangan pelancongan terbesar di dunia, untuk meningkatkan promosi tahun ini sebgai persediaan Tahun Melewat Malaysia 2020.

Menurut kenyataan Tourism Malaysia, pameran ITB Berlin 2019 itu akan diadakan di CityCube Berlin bermula 6 Mac hingga 10 Mac dan sebagai negara rakan kongsi rasmi Malaysia akan mempersembahkan pertunjukan kebudayaan berwarna-warni oleh Istana Budaya ketika majlis perasmian pada 5 Mac.