Sektor Pelancongan Lonjak Ekonomi

AKTIVITI EKONOMI KINI BERTAMBAH BAIK Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuka semula pintu sempadan negara bermula 1 April lalu dengan menyediakan pelbagai inisiatif adalah langkah tepat untuk memulihkan ekonomi dan Keluarga Malaysia.Keputusan PM buka pintu sempadan perkukuhkan semula ekonomi Keluarga Malaysia 1 April 2022 menjadi detik penting apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pintu sempadan negara kembali dibuka selepas ditutup hampir dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Keputusan dibuat berdasarkan tiga perkara asas iaitu panduan sains dan fakta terkini berkaitan Covid-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberi keselesaan kepada pengembara. Penutupan sempadan memberi impak yang serius kepada ekonomi, perniagaan dan pendapatan Keluarga Malaysia. Sektor perhotelan yang menjadi nadi utama kepada pelancongan negara juga terkena tempias kerugian sehingga banyak hotel terpaksa ditutup.

Ramai kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan selain perniagaan berkaitan pelancongan juga terjejas teruk. Pengarah Eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Shaharuddin M Saaid mendedahkan, sektor perhotelan kerugian lebih RM7 bilion tahun lalu dan RM6.5 bilion pada 2020, sedangkan sektor pelancongan adalah penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebelum Covid-19 melanda dunia. Pada 2019, sektor pelancongan menyumbang RM86.14 bilion iaitu 13.3 peratus kepada KDNK negara melalui 26.1 juta pelawat antarabangsa yang masuk ke negara ini.

Statistik juga menunjukkan sektor pelancongan memberi pulangan besar kepada subsektor yang berkaitan seperti peruncitan, pengangkutan serta makanan dan minuman. Tiga juta pekerja juga digaji dalam kesemua subsektor itu dan membuka Ekonomi Keluarga Malaysia menjadi agenda utama Ismail Sabri dan dibuktikan menerusi pengumuman pembukaan pintu sempadan negara pada 1 April lalu. ruang pekerjaan kepada rakyat. Semua itu menyumbang sebanyak RM240.5 bilion kepada Nilai Ditambah Kasar untuk Industri Pelancongan (NDKIP), bersamaan 15.9 peratus kepada KDNK 2019. Ia menambah pendapatan kerajaan dari segi cukai, yang kemudian dikitar semula ke dalam ekonomi negara melalui projek pembangunan, pembinaan sekolah, jalan raya dan hospital.

Impak sempadan dibuka Selepas sempadan dibuka, KDNK suku kedua menunjukkan perkembangan positif sebanyak 8.9 peratus, mendorong pertumbuhan KDNK pada separuh pertama tahun ini kepada 6.9 peratus. KDNK suku ketiga negara juga diunjurkan terus mengukuh membawa kepada impak positif ekonomi negara. Perkembangan itu disumbangkan oleh prestasi yang menggalakkan dalam perdagangan asing dan pelancongan selepas pintu sempadan dibuka semula. Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) juga optimis dan menyasarkan ketibaan pelancong sebanyak 4.5 juta orang dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM11.1 bilion pada 2022. Ia penambahan lebih 2.5 juta orang daripada sasaran awal dua juta pelancong yang dijangka masuk ke tahun ini.

Sehingga Mei 2022 juga, MOTAC telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM23.8 juta kepada lebih 15,000 pengusaha pelancongan. Lebih RM4.73 juta nilai baucar telah ditebus bagi pembelian produk kraf, seni visual dan buku bagi membantu penggiat industri kebudayaan. Mengikut penyelidikan Affin Hwang Investment Bank setakat Julai tahun ini, Malaysia menerima lebih dua juta pelancong antarabangsa dan berkemungkinan mencapai sasaran baharu iaitu seramai 4.5 juta pelancong itu. Tindakan yang diambil Ismail Sabri itu memberi gambaran sektor pelancongan semakin pulih dan menjadi sektor penting kepada pembangunan ekonomi negara.

Apabila semua perniagaan dan aktiviti sosial beroperasi pada kapasiti penuh serta aktiviti ekonomi bertambah baik, peningkatan peluang pekerjaan akan terus mengukuhkan lagi persekitaran pasaran buruh domestik dan prospek pendapatan menjadi lebih baik. Kerajaan juga memberi penekanan kepada sektor ini dengan meletakkan sasaran ketibaan lebih 15 juta pelancong asing dengan nilai pendapatan RM47.6 bilion tahun depan.

Sebanyak RM200 juta turut disediakan untuk galakan, promosi dan pemasaran bagi memperkukuhkan pemulihan sektor pelancongan itu. Bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan kesihatan, galakan cukai sedia ada untuk eksport perkhidmatan jagaan kesihatan swasta akan dilanjutkan sehingga tahun 2025. Malaysia Healthcare Travel Council turut menyediakan RM20 juta bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong kesihatan.

Kerajaan juga memperuntukkan RM25 juta untuk pelancongan domestik dengan menyediakan insentif kepada rakyat dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat bagi penginapan, pakej pelancongan, kraf tangan dan karya seni sehingga RM100. Justeru, tindakan kerajaan membuka semula pintu sempadan dan menyediakan pelbagai inisiatif adalah langkah tepat untuk memulihkan ekonomi negara.

PENDAPATAN SEKTOR PELANCONGAN Pencapaian 2019: Menyumbang RM86.14 bilion Sumbangan 13.3 peratus kepada KDNK negara 26.1 juta pelawat antarabangsa Pencapaian 2020: Kerugian RM6.5 bilion akibat pintu sempadan ditutup Pencapaian 2021: Ini menunjukkan petanda baik buat ekonomi negara dan membuktikan strategi yang dibuat kerajaan membuahkan hasil.” - Presiden Persatuan Ejen Pelancongan & Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang. Sektor pelancongan domestik penting dalam menyumbang kepada ekonomi negara apabila rakyat pergi melancong dan berbelanja dalam negara.” - Eksekutif makmal, Mohamad Hafiz Mezaazman Pembukaan sempadan negara pada 1 April lalu sudah tentu melegakan rakyat terutama golongan peniaga seperti kami kerana lebih ramai pelancong yang masuk ke negara ini.” - Peniaga, Nur Alia Mustafa