Peluang ahli teroka pasaran pelancongan Muslim: MATTA

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) membuka peluang kepada ahli BUmiputera untuk menembusi pasaran pelancongan Muslim menerusi kerjasama dengan PenaSatria Event Sdn. Bhd.

Pengerusi Program Islamic Halal Tour MATTA, Mohd Azri Abdul Razak, berkata persatuan komited mempromosi dan menambah baik pasaran pelancongan Muslim, terutama di rantau Asia Timur dan Asia Barat.