Malaysia sasar 5 juta pelancong dari China dan India berikutan langkah pengecualian visa selama setahun

KUALA LUMPUR - Malaysia dijangka menerima lebih 5 juta pelancong dari China dan India hasil daripada langkah pengecualian visa selama setahun terhadap pelawat dari kedua-dua negara itu.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata jumlah itu bakal menyumbang kepada sasaran 30 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Beliau optimis sasaran jumlah itu mampu dicapai sekaligus menjana pendapatan RM100 bilion kepada industri itu.

Beliau melancarkan pelekat kenderaan khusus MATTA Tahun Melawat Malaysia 2020 di Matic, Jalan Ampang.

Datuk Mohamaddin menegaskan, rakyat negara ini tidak perlu bimbang mengenai langkah pengecualian visa berkenaan.

Ini kerana Malaysia melaksanakan undang-undang dan penguatkuasaan ketat terhadap pelancong yang tinggal melebihi tempoh kebenaran visa.