Member-Only Event

MATTA B2B "UMRAH & MUSLIM HOLIDAYS 2018"

Hurry up and join us now!


Date and Venue

Mon, 2 Jul 2018 (9:00 AM - 6:00 PM)
Grand Ballroom
Sunway Putra Hotel
Federal Territory (Kuala Lumpur)
Malaysia

Additional Info

MATTA akan mengadakan program MATTA B2B ‘Umrah & Muslim Holidays 2018’ pada 2 Julai 2018, bersamaan 18 Syawal 1439 bertempat di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Pada 26 April 2018, satu MoU di antara MATTA, Asfar Kingdom, Arab Saudi dan  Syarikat Konvensyen & Pameran Fursan telah disempurnakan. MoU ini bertujuan menganjurkan sesi Umrah B2B pertama bagi mempromosikan dan meningkatkan perjalanan Umrah ke Arab Saudi melalui aktiviti rangkaian, pemasaran dan promosi antara ejen perjalanan kedua-dua negara.

Disamping itu, program tersebut juga bagi meningkatkan peluang perniagaan yang lebih baik, dapat bertukar-tukar idea, membina rangkaian dan berkongsi pengetahuan serta kepakaran dalam pertumbuhan ekonomi dan industri perlancongan di Malaysia dan Arab Saudi.

Program ini diadakan sepenuh hari dengan sasaran 150 pengusaha Umrah yang terdiri daripada ahli MATTA sebagai ‘buyers’ dan lebih kurang 70 ejen-ejen Muassasah dan hotel di Saudi Arabia sebagai ‘sellers’.

Sila maklum, tempat adalah terhad dan sebagai buyer, seorang peserta sahaja yang dibenarkan bagi setiap syarikat. Sekiranya berminat untuk menyertai, tuan/puan boleh emel kepada MATTA Sekretariat, Pn Nurashikin Abd Halim - kin@matta.org.my seperti butiran di bawah:

NAMA PESERTA :
NAMA SYARIKAT:
ALAMAT SYARIKAT TERKINI:
NUMBER KEAHLIAN MATTA:
TEL / FAX:
MOBILE:
EMEL:


Terima kasih.



HJ MOHD AZRI BIN ABD RAZAK
Ahli Jawatankuasa Umrah & Haj
Sessi 2017-2019


More Info Contact

Nurashikin Abdul Halim
Industry Services Senior Executive
kin@matta.org.my