"Beri perjalanan tanpa visa kepada pelancong China, India"

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa kerajaan untuk memberikan perjalanan tanpa visa kepada pelancong China dan India untuk meningkatkan pelancongan Malaysia.

Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang berkata ketibaan pengunjung ke Malaysia merosot sebanyak tiga peratus kepada 25.95 juta pada 2017 berbanding 26.76 juta pada 2016, walaupun ketibaan pelancong positif di seluruh Asean pada 2017.

"Industri pelancongan Malaysia ketinggalan di belakang negara-negara jiran seperti Thailand yang mencatatkan pertumbuhan sebnayak 7.8 peratus, Singapura (6.2 peratus) dan Filipina (11 peratus)," katanya dalam kenyataan, Selasa.