Gesa kerajaan beri perjalanan tanpa visa kepada pelancong

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa kerajaan memberikan perjalanan tanpa visa kepada pelancong China dan India untuk meningkatkan pelancongan Malaysia.

Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang berkata, ketibaan pengunjung ke Malaysia merosot tiga peratus kepada 25.95 juta pada 2017 berbanding 26.76 juta pada 2016 walaupun ketibaan pelancong positif di seluruh ASEAN pada 2017.