Buka peluang teroka potensi pelancongan Muslim

Kuala Lumpur: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) membuka peluang kepada ahli Bumiputeranya untuk menembusi pasaran pelancongan Muslim menerusi kerjasama dengan PenaSatria Event Sdn. Bhd.

Pengerusi Program Islamic Halal Tour MATTA, Mohd Azri Abdul Razak berkata, pihaknya komited mempromosi dan menambahbaik pasaran pelancongan Muslim terutama di rantai Timur Jauh dan Timur Tengah.

Katanya, usaha itu adalah melalui aktiviti jalinan jaringan, pemasaran dan promosi oleh agensi pelancongan di seluruh negara.