MATTA sambut baik langkah GST sifar peratus

K U A L A LUMPUR: Persatuan Ejen - ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menyambut baik langkah kerajaan mengurangkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun, 2018. Presiden, Datuk Tan Kok Liang berkata keputusan kerajaan itu akan memacu industri pengembaraan domestik - penyumbang penting kepada ekonomi Malaysia." Langkah itu akan menggalakkan perbelanjaan dalam kalangan pengguna tempatan dan pelancong, sekali gus berpotensi menjadikan Malaysia lebih menarik sebagai destinasi pengembaraan, beli-belah, makanan dan minuman," katanya dalam kenyataan Jumaat.Tan berkata penerbangan antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak akan menjadi lebih rendah dengan

GST sifar peratus justeru itu ia menjadi petanda baik bagi pelancongan domestik. Beliau berkata perubahan dasar itu j uga akan mendorong konsistensi dari segi layanan GST antara kawasan khas (Labuan, Langkawi serta Tioman) dan destinasi pengembaraan domestik lain."Bagaimanapun, tidak jelas sepenuhnya sama ada GST perlu dikenakan kepada produk pelancongan yang dijual sebelum 1 Jun untuk pengembaraan pada tarikh itu atau selepasnya," katanya, sambil menambah, persatuan itu akan mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung perkara tersebut.MATTA merupakan organisasi bukan kerajaan terbesar di Malaysia, dengan 3,300 anggota terdiri daripada ejen pelancongan dan pengembaraan tempatan serta gabungan luar negara. - Bernama