MATTA gesa tiada tambahan kos pakej umrah

Bagi membendung masalah penipuan pakej umrah yang kini dilihat semakin berleluasa, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa kerajaan untuk tidak meletakkan sebarang tambahan kos dalam pakej umrah yang akan membebankan bakal jemaah dari segi kos perbelanjaan. Naib Presiden Umrah dan Haji MATTA Shahrulnezam Mohd Daud berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) bagi membendung penipuan pakej umrah.