Kerjasama MATTA, penyedia e-hailing beri lebih pilihan pengangkutan

Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menigkatkan lagi perkhidmatan sektor itu dengan memberikan pilihan pengangkutan baharu kepada pelancong.

Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang, berkata kerjasama yang dijalankan pihaknya bersama dengan penyedia e-hailing dijangka memberikan lebih pilihan kepada pelancong dan ahli MATTA.