Jangan terpedaya dengan pakej pelancongan tidak masuk akal dalam media sosial

JOHOR BAHRU: Orang ramai diingatkan supaya menggunakan khidmat ejen pelancongan yang berlesen untuk bercuti ke destinasi pilihan dan tidak terpedaya dengan taktik sesetengah pihak yang menawarkan pakej pelancongan yang tidak masuk akal di media sosial.

Pengerusi Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Johor Kathryn Lee berkata peringatan itu untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab.