MATTA sedia bantu kendali pakej umrah

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Kebajikan umat Islam khususnya bagi golongan yang mahu mengerjakan umrah akan terus dilindungi apabila Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan terus bekerjasama dengan kerajaan bagi membendung masalah penipuan pakej umrah. Naib Presiden Umrah dan Haji Matta, Shahrul Nezam Mohd. Daud (gambar) berkata, hubungan MATTA sebagai pemain industri bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan amat penting bagi mengenai pasti masalah-masalah penipuan pakej umrah yang berlaku dalam negara.